1, Jadilah engkau kepadanya sebagai isteri yang qanaah (merasa cukup) dengan apa yang diberi
2, dan dengar serta taat kepada dia.
3, Jadilah engkau sentiasa bersedia untuk dilihat dimatanya
4,dan sentiasa siap untuk dibau oleh hidungnya..
Jangan biarkan dia melihat engkau dalam keadaan hodoh dan jangan dia mencium bau engkau kecuali yang wangi.'
5-6, Perhatikanlah pada waktu tidurnya dan makanannya (mempersiapkan tidur dan makan suami)
Kerana kerap kelaparan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan menganggu tidur boleh menyebabkan kemarahan
7, Jagalah dan awasilah (peliharalah) rumahnya dan hartanya
8, Dan peliharalah hubungan kekeluargaan dan keturunannya (anak-beranak dan tanggungannya)
Menguruskan perihal hartanya dengan baik menunjukkan kebaikan engkau dalam menghargainya dan menjaga hubungan kekeluargaan menunjukkan kebaikan engkau dalam pengurusan pentadbiran rumahtangga
9, Janganlah engkau melanggari arahannya
10, dan janganlah engkau mendedahkan rahsianya
Jika engkau melanggar arahannya maka hatinya akan dipenuhi kebencian terhadap dirimu dan jika engkau mendedahkan rahsianya maka dia tidak akan merasa selamat daripada dirimu (merasa akan dikhianati).
إياك والفرح بين يديه إذا كان ترحاً،
'Berhati-hatilah engkau janganlah menunjukkan gembira disisinya jika dia sedang bersedih,
Jangan pula engkau menunjukkan kesedihan kala dia sedang bergembira.
Tonjolkanlah padanya sebaik-baik penghormatan dan maka nescaya dia akan memuliakan engkau dengan sebaik-baiknya
Berikanlah kepadanya persetujuan/sokongan sebanyak mana yang engkau dapat berikan maka dia pun akan membalas dengan memberikan persetujuan atau sokongan pula kepada engkau
Ketahuilah wahai anak gadisku, kamu tidak akan dapat mencapai apa yang engkau inginkan sehingga engkau mengutamakan keredhaannya sebelum keredhaan dirimu, hawa nafsunya sebelum hawa nafsumu, pada apa yang engkau sukai atau engkau benci.
Semoga Allah memilih apa yang terbaik untukmu.