..

..

Tuesday, June 16, 2015

Salam Kemaafan Di Bulan Ramadhan 1436 H

Salam kemaafan di akhir Sya'ban menjelangnya Ramadhan 1436 H (29 Sya'ban 1436 H)


بسم الله الرحمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين وبه نستعين والصلوات والسلام على أشراف الابياء المرسلين
اللهم صل وسلم على نبينا حبيبنا ومولنا سيدنا محمد وعلى إله وأصحابه الكرام أجمعين




Dengan nama Allah yang Maha Mencipta dan Maha Memiliki setiap jiwa-jiwa hamba Nya. Dia lah yang Maha Pemberi Rahmah di atas segala kejadian. Sehingga tidak ada suatupun yang boleh dihitung atas segala kurniaan Nya pada setiap detik.

Maka atas segalanya itu, abah tidak pernah menjanjikan sesiapapun termasuk diri abah sendiri bahawa sebentar lagi, atai sekejap lagi, atau seminit lagi, atau sejam lagi, atau esok pagi bahawa abah masih dipinjamkan nyawa oleh Allah untuk terus hidup. Tiada satupun pada diri abah, harta abah adalah milik abah bahkan semua itu adalah hak mutlak Allah.
Maka dengan bakal tibanya Ramadhan tahun ini yang abah sendiri tidak pernah menjanjikan dan dijanjikan untuk sampai bagi meresainya, abah yang buruk dan hina ini memohon segala ihsan yang  pada anak-anak abah Yusuf Azamuddin, Mashitah, Nurul Atiqah dan Adam Afifuddin, maafkan abah atas segala salah silap abah, dosa-dosa abah selama mana kamu hidup bermula bisikan azan dan iqomah yang abah bisikan ke telinga kamu. Itulah tanda kasih sayang abah pada kamu.
Abah juga memohon belas ihsan yang ada pada kamu, maafkan arwah kakek kamu, nenek kamu, bibik kamu, abang-abang sepupu kamu, adik-adik sepupu kamu dan semua ahli keluarga kamu di sini. Sesungguhnya nenek kamu merindui kamu Yusuf Azamuddin, Mashitah dan Nurul Atiqah. Dan sesungguhnya nenek kamu ingin melihat Adam yang tidak pernah dilihatnya malah disentuhnya.
Demi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan seluruh alam, ahli keluarga kamu, seburuk manapun, 
.sekeji manapun, sehina manapun, tidak pernah melakukan perkara-perkara syirik selain menyembah Allah.
Maka tibanya Ramadhan ini, abah dengan rasa hina memohon belas IHSAN anak-anak abah, Yusuf Azamuddin, Mashitah, Nurul Atiqah dan Adam Afifuddin, ampunkan dan maafkan segala slah dan dosa abah pada kamu semua. Abah bukanlah seorang bapa yang berjaya tapi seorang bapa yang gagal. Abah bukanlah seorang bapa yang berharta tapi cukup sekadar apa yang ada. Ampun segala apa saja yang abah sedar atau tidak, sengaja atau tidak.
Yang perlu kamu ketahui, Dengan Nama Allah Yang Maha Agung Di Atas Nama Nya, bahawa abah sememangnya merindui kamu. Walaupun abah cuma berdiam kerana menghindari segala apa yang ada dalam hati selain abah. Demi Allah juga kamu semua berada di dalam hati abah walaupun di suatu masa abah sedar abah tidak akan menjadi wali kepada anak-anak gadis abah sendiri. Namun Demi Allah, abah berada di sini, selagi dengan izin Allah untuk dipinjamkan nyawa.
Akhirnya, sekali lagi abah memohon berilah abah IHSAN yang ada pada kamu untuk abah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...