..
Friday, November 4, 2016
Thursday, April 7, 2016
KENAPA NURUL ATIQAH YANG ABAH BERIKAN ?
Daripada
Anas r.a, seorang lelaki bernama Sa’ad Assulami telah datang kepada Rasulullah
s.a.w dan berkata :
“Ya
Rasulullah, apakah saya terhalang untuk masuk syurga kerana hitamku dan buruk
mukaku?”
Rasulullah
s.a.w menjawab : “Tidak, demi Allah yang jiwaku di tangan Nya selama engkau
yakin pada Tuhanmu dan percaya pada ajaran Rasul Nya.
Berkata
Sa’ad Assulami: “Demi Allah yang telah memuliakan engkau dengan kenabian, saya
telah percaya (bersyahadah) Tiada Tuhan selain Allah dan Sesungguhnya Muhammad
pesuruh Allah, sebelum kemari lapan bulan lalu saya telah meminang kepada
orang-orang yang berada di sekitarmu ini dan semuanya menolak pinangan saya
kerana ia berketurunan mulia dari Bani Sulim, tetapi rupa burukku ini adalah
dari keturunan ibuku.
Rasulullah
s.a.w bertanya: “Apakah ada hadir bersama hari ini Amr bin Wahb seorang dari Bani Thaqief yang
belum lama memeluk islam?”
Ketika
dijawab : “Tidak”,
Rasulullah
s.a.w bertanya kepada Sa’ad Assulami : “Apakah kamu mengetahui rumahnya?”
Sa’ad
Assulami menjawab : “Ya. Wahai Rasulullah.”
Lalu
Rasulullah s.a.w bersabda : “ Pergilah kamu ke rumahnya. Ketuklah pintu
rumahnya perlahan-lahan, kemudian sampaikan salamku kepadanya. Bila engkau telah masuk ke
rumahnya katakana kepadanya : “Rasulullah s.a.w telah mengahwinkan aku dengan
puterimu.”
Amr bin Wahb
mempunyai seorang anak perempuan yang cantik dan juga cerdik bernama Atiqah.
Maka pergola Sa’ad Assulami ker rumah Amr bin Wahb. Setelah sampai di rumah Amr
bin Wahb, Sa’ad Assulami menyampaikan apa yang telah diperintahkan oleh
Rasulullah s.a.w kepadanya.
Akan tetapi
mereka menolak apa yang dikatakan Sa’ad Assulami dengan kasar. Sehinggalah
Sa’ad Assulami keluar dan kembali kepada Rasulullah s.a.w.
Tetapi
tiba-tiba Atiqah, puteri Amr bin Wahb berkata kepada ayahnya : “Wahai ayahku,
carilah selamat, carilah selamat, sebelum turun wahyu membuka keburukanmu. Maka
jika benar Rasulullah telah mengahwinkan aku dengannya, maka aku redha dan rela
atas apa yang diredhai dan direlakan Allah dan Rasulullah s.a.w untukku.”
Maka
pergilah Amr bin Wahb bertemu dengan Rasulullah. Ketika dia sampai di majlis
Rasulullah s.a.w, dia ditegurnya : “Adakah kamu yang menolak pinangan
Rasulullah?”
“Benar.”
Jawan Amr bin WahbAmr bin Wahb menyambung : “Tetapi saya minta ampun pada Allah
kerana saya menyangkakan ianya dusta. Adapun bila ia benar, maka saya terima
dan saya kahwinkan ia dan kami berlindung jagan sampai kepada murka Allah dan
Rasulullah s.a.w.”
Maka
dikahwinkan puteri Amr bin Wahb dengan Sa’ad Assulami dengan mahar empat ratus
dirham. Rasulullah s.a.w menyuruh calon suami pergi kepada isterinya dan masuk
padanya.
Namun Sa’ad
Assulami menjawab : “Demi Allah yang mengutusmu dengan hak sebagai nabi, saya
tidak punya apa-apa, sehingga akan meminta kepada saudara-saydaraku.”
Maka
Rasulullah s.a.w bersabda : “Mahar untuk isterimu ditanggung oleh tiga orang
dari kaum muslimin. Pergilah kepada Uthman bin Affan r.a, terimalah daripadanya
dua ratus dirham.”
Maka
pergilah Sa’ad Assulami bertemu Sayidina Usman
dan ia diberi Usman bahkan lebih dua ratus dirham. Kemudia dia disuruh
pergi bertemu Sayidina Abdurrahman bin ‘Auf r.a dan menerima dua ratus dirham.
Kemudian dia disuruh bertemu Sayidina Ali bin Abi Talib r.a dan menerima dua
ratus dirham dan juga dia diberikan lebih. Kemudian d Sa’ad Assulami ke pasar
untuk membeli buah tangan untuk isterinya Atiqah binti Amr bin Wahb………”
(Abu Laits
As-Samarqandiy : Tanbihul Gahofilin)
Maka abah
namakan Nurul Atiqah dengan harapan agar cahayamu sepertimana Atiqah binti Amr
bin
Wahb yang redha dengan apa saja hukum dan perintah Allah dan Rasul nya
tanpa bangkangan kerana perintah Allah dan Rasul Nya lah yang akan
menyelamatkanmu. Juga dengan harapan agar kecerdikan Atiqah binti Amr bin Wahb
akan anak abah ini warisi…. Saturday, February 27, 2016
DENGAN KASIH SAYANG ALLAH
بسم الله الرحمن الرحيم
سبحان الله والحمدلله
Dengan kasih sayang Allah walaupun lama, namun dengan kesabaran yang merupakan suatu ujian
dan setelah hampir tujuh tahun, Allah telah memperkenankan permintaan yang merupakan hajat hamba Nya. 19 Jamadil Akhir 1437 Hijri bersmaan 27 Februari 2016, Allah tunaikan segalanya. Dengan kesyukuran yang hanya pada Nya, sebuah ilham dari Nya jua kepada makhluk dan Dia lah juga yang maha berkuasa membolak-balikkan hati-hati makhluknya maka segala impian dan hasrat tercapai dengan diberikan kasih sayang. Walau hanya seketika, namun Allah telah meruntuhkan sebuah dinding yang selama tujuh tahun berlalu amat kukuh. Dalam diam hanya merindui dan mengingatinya. الحمدلله
Sunday, February 14, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)