..

..

Friday, November 4, 2016

Thursday, April 7, 2016

KENAPA NURUL ATIQAH YANG ABAH BERIKAN ?

Daripada Anas r.a, seorang lelaki bernama Sa’ad Assulami telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata :

“Ya Rasulullah, apakah saya terhalang untuk masuk syurga kerana hitamku dan buruk mukaku?”
Rasulullah s.a.w menjawab : “Tidak, demi Allah yang jiwaku di tangan Nya selama engkau yakin pada Tuhanmu dan percaya pada ajaran Rasul Nya.
Berkata Sa’ad Assulami: “Demi Allah yang telah memuliakan engkau dengan kenabian, saya telah percaya (bersyahadah) Tiada Tuhan selain Allah dan Sesungguhnya Muhammad pesuruh Allah, sebelum kemari lapan bulan lalu saya telah meminang kepada orang-orang yang berada di sekitarmu ini dan semuanya menolak pinangan saya kerana ia berketurunan mulia dari Bani Sulim, tetapi rupa burukku ini adalah dari keturunan ibuku.
Rasulullah s.a.w bertanya: “Apakah ada hadir bersama hari ini  Amr bin Wahb seorang dari Bani Thaqief yang belum lama memeluk islam?”
Ketika dijawab : “Tidak”,
Rasulullah s.a.w bertanya kepada Sa’ad Assulami : “Apakah kamu mengetahui rumahnya?”
Sa’ad Assulami menjawab : “Ya. Wahai Rasulullah.”
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : “ Pergilah kamu ke rumahnya. Ketuklah pintu rumahnya perlahan-lahan, kemudian sampaikan salamku  kepadanya. Bila engkau telah masuk ke rumahnya katakana kepadanya : “Rasulullah s.a.w telah mengahwinkan aku dengan puterimu.”
Amr bin Wahb mempunyai seorang anak perempuan yang cantik dan juga cerdik bernama Atiqah. Maka pergola Sa’ad Assulami ker rumah Amr bin Wahb. Setelah sampai di rumah Amr bin Wahb, Sa’ad Assulami menyampaikan apa yang telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w kepadanya.
Akan tetapi mereka menolak apa yang dikatakan Sa’ad Assulami dengan kasar. Sehinggalah Sa’ad Assulami keluar dan kembali kepada Rasulullah s.a.w.
Tetapi tiba-tiba Atiqah, puteri Amr bin Wahb berkata kepada ayahnya : “Wahai ayahku, carilah selamat, carilah selamat, sebelum turun wahyu membuka keburukanmu. Maka jika benar Rasulullah telah mengahwinkan aku dengannya, maka aku redha dan rela atas apa yang diredhai dan direlakan Allah dan Rasulullah s.a.w untukku.”
Maka pergilah Amr bin Wahb bertemu dengan Rasulullah. Ketika dia sampai di majlis Rasulullah s.a.w, dia ditegurnya : “Adakah kamu yang menolak pinangan Rasulullah?”
“Benar.” Jawan Amr bin WahbAmr bin Wahb menyambung : “Tetapi saya minta ampun pada Allah kerana saya menyangkakan ianya dusta. Adapun bila ia benar, maka saya terima dan saya kahwinkan ia dan kami berlindung jagan sampai kepada murka Allah dan Rasulullah s.a.w.”
Maka dikahwinkan puteri Amr bin Wahb dengan Sa’ad Assulami dengan mahar empat ratus dirham. Rasulullah s.a.w menyuruh calon suami pergi kepada isterinya dan masuk padanya.
Namun Sa’ad Assulami menjawab : “Demi Allah yang mengutusmu dengan hak sebagai nabi, saya tidak punya apa-apa, sehingga akan meminta kepada saudara-saydaraku.”
Maka Rasulullah s.a.w bersabda : “Mahar untuk isterimu ditanggung oleh tiga orang dari kaum muslimin. Pergilah kepada Uthman bin Affan r.a, terimalah daripadanya dua ratus dirham.”
Maka pergilah Sa’ad Assulami bertemu Sayidina Usman  dan ia diberi Usman bahkan lebih dua ratus dirham. Kemudia dia disuruh pergi bertemu Sayidina Abdurrahman bin ‘Auf r.a dan menerima dua ratus dirham. Kemudian dia disuruh bertemu Sayidina Ali bin Abi Talib r.a dan menerima dua ratus dirham dan juga dia diberikan lebih. Kemudian d Sa’ad Assulami ke pasar untuk membeli buah tangan untuk isterinya Atiqah binti Amr bin Wahb………”
(Abu Laits As-Samarqandiy : Tanbihul Gahofilin)

Maka abah namakan Nurul Atiqah dengan harapan agar cahayamu sepertimana Atiqah binti Amr bin
Wahb yang redha dengan apa saja hukum dan perintah Allah dan Rasul nya tanpa bangkangan kerana perintah Allah dan Rasul Nya lah yang akan menyelamatkanmu. Juga dengan harapan agar kecerdikan Atiqah binti Amr bin Wahb akan anak abah ini warisi….


Saturday, February 27, 2016

DENGAN KASIH SAYANG ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم
سبحان الله والحمدلله


Dengan kasih sayang Allah walaupun lama, namun dengan kesabaran yang merupakan suatu ujian
dan setelah hampir tujuh tahun, Allah telah memperkenankan permintaan yang merupakan hajat hamba Nya. 19 Jamadil Akhir 1437 Hijri bersmaan 27 Februari 2016, Allah tunaikan segalanya. Dengan kesyukuran yang hanya pada Nya, sebuah ilham dari Nya jua kepada makhluk dan Dia lah juga yang maha berkuasa membolak-balikkan hati-hati makhluknya maka segala impian dan hasrat tercapai dengan diberikan kasih sayang. Walau hanya seketika, namun Allah telah meruntuhkan sebuah dinding yang selama tujuh tahun berlalu amat kukuh. Dalam diam hanya merindui dan mengingatinya. الحمدلله
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...